Perkara yang penting untuk usahawan adalah
1.Modal yang mencukupi
Modal memainkan peranan besar kerana jika mempunyai modal mencukupi kita melakukan konsep perniagaan kita kehendaki
2.Mempunyai Kepakaran Dalam bidang yang hendak diceburi
Jika kita ingin berjaya dalam peniagaan kita mesti memahami selok nelok bidang perniagaan kita ceburi
3.Mempunyai pekerja dedikasi
Pekerja merupakan aset yang paling bernilai.Ini kerana pekerja kita yang akan menhasilkan apa kita hendaki.Jika kita mempunyai pekerja yang bagus,ia akan memacu perniaagaan kita ke tahap lebih tinggi
4.Berani Mengambil risiko
Perniagaan adalah risiko.Tanpa keberanian mengambil risiko kita mungkin berjaya tetapi kita tidak mungkin mencapai tahap yang tinggi seperti yang dikecapi oleh jutawan.Mahupun begitu kita mesti mengkaji kesan risiko sebelum mengambil risiko
5.Semangat ingin berjaya
Selalunya semangat yang tinggi untuk berjaya amat perlu dalam perniagaan,lebih-lebih lagi jika perniagaan merosot.Kita memerlukan semangat yang kental agar menangani pelbagai masalah perniagaaan.
6.Jangan mengaku kalah
Jika anda mula mengaku kalah ,ada telah menhentikan proses pemikiran anda.Ini kerana apabila seseorang mula berfikir dia akan gagal,ia menyebabkan pintu kejayaan dia tertutup.Malah ia akan menpengaruhi pekerja kita juga.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment