Friday, May 15, 2009

Perniagaan

Perniagaan merupakan satu seni.Kita tidak boleh mempelajari perniagaan dengan hanya membaca buku atau dengan segulung ijazah.Perniagaan bukan sahaja memerlukan kemahiran teori tetapi juga kemahiran praktikal dan keinginan tinggi untuk berjaya dalam perniagaan.Kemahiran praktikal hanya dapat boleh diperolehi dengan pengalaman.Apabila seseorang itu telah mempunyai kemahiran teori dan praktikal dan ditambah dengan keinginan untuk berjaya yang tinggi mereka boleh jadi perniaga.Tetapi pada era globalisasi ini,kita mungkin menjadi peniaga tetapi kita besar kemungkinan gagal.Ini disebabkan kerana perniagaan masa kini lebih mementingkan marketing atau permasaran product.Walaupun kita mempunyai produk yang berkualiti tetapi tidak mempunyai skill permasaran produk yang baik kita mungkin gagal dan kerana itulah ramai kecundang diawal perniagaan.Saya akan mengupas isu ini lebih detail pada masa akan datang

No comments: